daisypath

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, January 24, 2014

Gerabak ke syurga



7.00 am

suasana di stesen keretapi(ktm)
ramainya manusia
tanpa sebarang suara
yang ada hanya bunyi kaki bergerak

kalut. kelam-kabut.

nak pergi kerja
nak pergi kelas
nak pergi interview
yang sesat, baru sampai KL
ragam manusia.

***

kita mungkin berada di platform yang berbeza
tapi destinasi kita sama, syurga.

ada orang dapat naik coach(gerabak) yang selesa
gerabak baru yang lebih lengkap kemudahannya
sejuk aircondnya, empuk kerusinya
lancar saja perjalanannya.

Ada manusia yang dapat gerabak yang kurang selesa
yang sudah tua
terhenti setiap masa, banyak masalahnya
sehingga menggangu perjalanannya.

Ada yang perjalanannya terlalu selesa
sehingga dia lupa pada yang lainnya

ada yang perlu bersesak-sesak
bertolak-tolak
agar dirinya dapat masuk ke dalam gerabak

tapi pada akhirnya mereka tetap sampai ke destinasi
walau berbeza cara Allah beri

***

sama lah seperti kita di alam realiti

ada manusia Allah beri keselesaan
keluarga, rupa, dan mungkin kekayaan

ada pula yang perlu berjuang habis-habisan
hanya untuk mendapatkan sesuap makanan

tapi semua sama
kita menuju ke satu destinasi yang sama
syurga.

maka berhati-hatilah
jangan sampai tersalah beli tiket
terbeli tiket ke neraka jahanam.

tiket ke syurga itu mahal
tiket ke neraka itu murah saja

pilih.
pilihan di tangan kita.

***

Andai jawatan khalifah tetap kita pegang
gerabak buruk tetap tak lunturkan semangat berjuang


selamat berjuang
:)


Lokasi : Stesen ktm Kuala Lumpur.


terima kasih daun keladi :)

Tuesday, January 21, 2014

Mereka sedang tidur.




Bila kita disapa hidayah
kita akan sedar betapa busuknya dosa dahulu
dan takkan mungkin kita mahu berpatah balik
tapi belum semua sedar akan 'kekotoran' mereka sendiri

jadi,
kita pasti tak mahu orang lain kotor juga
mahu yang lainnya 'bersihkan tangan' seperti kita
tapi tak semua merasa 'mampu' melaksana
satu perjuangan yang disebut 'dakwah'

***

umpamanya..

didalam kelas
lecturer sedang memberi pengumuman
tapi hanya kita yang dengar
kawan yang lainnya sedang tidur

lecturer berkata,
"esok ada test. sila bersedia"
tapi malangnya hanya kita yang mendengar

tiba hari esok
suasana riuh
rakan lain menyalahkan kita
"kenapa tak bagi tahu harini test?"

dengan selamba kita menjawab
"kau tidur kenapa?"
mereka terus menyalahkan kita
"kau tak kejut kenapa?"

***

ya.

umat sedang tidur!
dan kau yang sedang berjaga.

apa nak jawab pada Tuhan jika ditanya disana nanti,
"kenapa tak kejut mereka?"
"kenapa tak sampaikan kepada mereka tentang Islam?"

takkan nak jawab
"mereka yang tak bangun. bukan salah saya"

zrettt.
kena heret ke neraka. Nauzubilla min zalik.

***

mari bangun.
bersihkan kotoran dosa.

mari bangun.
dan mari bangunkan yang lainnya.

jerit lah sekuatnya.
biar sakit yang kita rasa.
agar syurga milikNya hadiah buat kita.

mujahid itu pahit
kerana syurga itu manis.

percayalah.
Allah akan sentiasa menerima kita.

walau manusia benci kita
walau manusia buang kita
masih ada yang sayang.

Allah Maha Penyayang. Ar-rahim.


Dari Allah kita datang
kepada Allah lah kita kembali
maka, pulanglah!

sabda Nabi,
ballighuanni walauayah.
Sampaikan dariku walau satu ayat.

:)






terima kasih daun keladi :)

Teruslah merayu pada Tuhanmu.



Sebesar manapun dosamu terhadap Allah, jangan sesekali berputus asa pada-Nya. Allah tidak pernah berpaling padamu selagi mana kau tidak berpaling dari-Nya.

syaitan akan sentiasa cuba menggagalkan manusia dari mendekati Tuhannya. Syaitan akan cuba menggagalkan manusia dari menjadi hambaNya. Dia akan bawa kita menjadi hamba dunia, hamba harta, dan apa sahaja yang menjauhkan kita dari Yang Maha Mulia.

Teruslah kembali kepada-Nya sekalipun sudah berpuluh kali kecundang dengan nafsumu. Jika nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk memasukkanmu ke neraka, bagaimana kau selaku pemegang diri ini boleh berputus asa untuk memasukkan dirimu ke syurga-Nya?



terima kasih daun keladi :)

Monday, January 20, 2014

Sollu 'alan Nabiyy



Pada suatu hari, Rasulullah didatangi Jibril dan dikhabarkan sesuatu dari Jibril. Selepas Rasulullah mendapat khabar tersebut, Rasulullah terus sujud.

Para sahabat terus bertanya :

"Ya Rasulullah, apa yang sedang kau lakukan?"

Rasulullah mengatakan, Jibril mendatangkan khabar, jika Allah mendengar selawat dari ummat Nabi Muhammad, Allah akan membalas 10 kali selawat kepadanya.


Disebabkan itu Rasulullah gembira lantas terus sujud syukur sebagai tanda kegembiraan yang dikurniakan Allah kepada ummat Rasulullah.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad Ya rabbi, solli 'alaihi wasallim. Ya Allah limpahkanlah rahmat atas Nabi Muhammad Ya Tuhanku, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan atas Baginda.



Cc : H
terima kasih daun keladi :)