daisypath

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, March 6, 2015

Penat lah.

Assalamualaikum.



Tipu lah kalau kata tak pernah rasa penat berada dalam jalan dakwah. Kadang rasa nak 'berehat' sekejap. Penat. Sebenarnya kenapa rasa penat? Sebab hasil ataupun ganjarannya kita tak dapat onthespot. Ganjarannya Allah janjikan syurga. SubhanAllah. Sape taknak syurga? 


Berikut ialah petikan dari buku tulisan ustaz Mustafa Masyhur, Jalan dakwah.


****************



Kekerasan Hati Kerana Telah Lama Berehat. Berehat dari jalan dakwah.


Ini adalah rintangan yang memerlukan kewaspadaan kerana ia tidak muncul sekali gus, tetapi secara perlahan dan beransur-ansur sehingga hampir-hampir tidak disedari oleh orang yang berjalan di atas ialan dakwah, iaitu kekerasan hati lantaran telah lama sangat berenggang dari kegiatan dakwah. 

Lalu hemah dan kemahuannya beransur-ansur lemah untuk terus bergiat dan berusaha dalam urusan dakwah dan pada akhirnya padam di dalam dirinya. Kehangatan Islam sudah tidak terasa lagi dan pengaruh dakwah sudah tidak menusuk hati dan tidak berminat lagi untuk melibatkan diri dengan urusan dakwah dan melaksanakan tugas-tugas jihad pada jalan Allah. 

Hatinya semakin hari semakin berkarat sehingga tatkala membaca al-Quran hatinya tidak mendapat sebarang kesan, sembahyangnya tidak khusyuk, kadang-kadang lupa lalu meninggalkan sembahyang beberapa hari dan waktu tanpa kesal dan rugi dalam diri. Akhirnya dia mendapati dirinya jauh dari keadaan dan sifat-sifat mukmin seperti yang digambar oleh Allah di dalam al- Quran: 


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila di sebut Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibarakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah mereka kerananya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal". Al-Anfaal:2 


Allah s.w.t menyuruh kita berwaspada supaya kita tidak jatuh tersungkur di dalam kekerasan hati seperti ini di dalam firmanNya: 


"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang beriman untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang-, orang yang sebelumnya telah diturunkan kitab. Kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." Al-Hadid:16 


Untuk menjaga diri dari halangan ini, pendokong dakwah yang berjalan di atas jalan dakwah mestilah sentiasa memelihara dirinya supaya tidak terasing dari saudara-saudaranya supaya sentiasa berada di dalam amal dan usaha dakwah. Tolong-menolong di dalam kebaikan serta saling berpesan tentang kebenaran dan kesabaran. 

Dia mestilah membiasakan dirinya dengan tugas-tugas kewajipan dan saudara-saudaranya yang bekerja dan beramal di bidang dakwah. Dia mestilah sentiasa memperbaiki hubungannya dengan kitab Allah dan selalu memeriksa dirinya (muhasabah) sendiri dengan segala perbuatannya satu demi satu. Di samping itu saudara-saudaranya wajib memberi peringatan apabila dia lupa dan menolongnya beramal apabila dia telah ingat. 


Dipetik dari buku : Jalan Dakwah oleh Ustaz Mustafa Masyhur.






Murobbi said : Kalau tak rasa penat tu, maksudnya belum all-out dalam jalan dakwah ni. 










terima kasih daun keladi :)