daisypath

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, April 29, 2015

Kisah Kentang, Telur dan Biji Kopi.





Assalamualaikum w.b.t
(waalaikumussalam)
(thx jwb salam)



sumber dari syeikh gugel


Ada apa dengan kentang, telur dan biji kopi? nak cerita resepikah kali ini? 
Tidak Tidak. sila ke blog lain jika mahu resepi. 



Perjalanan seorang muslim di alam dunia ibarat kentang, telur dan biji kopi.
Kenapa?

1) KENTANG.

Sebelum direbus, tekstur kentang adalah keras. Sama seperti sesetengah muslim. Sebelum dia diuji, imannya kuat dan mantap. Tapi selepas diuji, menjadi lembik umpama kentang yang sudah direbus. 


2) TELUR.

Selebum direbus, tekstur telur fragile, lembik. Tapi selepas direbus, tekstur telur menjadi keras, tidak seperti sebelumnya. Sesetengah muslim, imannya menjadi kukuh selepas diuji. Allah sendiri berjanji bahawa darjat seorang muslim akan diangkat jika dia berjaya melepasi ujian dari Allah. Kita sebagai hamba, tiada pilihan melainkan bersabar dan redha dengan ujian Allah.


3) BIJI KOPI.


Before biji kopi diproses menjadi serbuk kopi(sedapnya kalau dapat kopi memalam gini), biji kopi umpama tiada nilai. Biji kopi kan seketul seketul besar. Tak boleh dibancuh, tak boleh dimakan. Tapi lepas diproses menjadi serbuk kopi, boleh dinikmati, boleh digunapakai.
Umpamanya, muslim yang 'diproses' menjadi daie. Sebelumnya tiada nilai, tiada guna. Tapi selepas melalui proses tarbiyyah, boleh digunapakai dan mampu memandu ummah ke jalan yang benar.


********


Jadi kita yang mana satu? 
Jangan jadi seperti kentang. lembik, lemah iman selepas diuji. Walhal ujian itu sesungguhnya mampu membuatkan kita dekat dengan Yang Maha Esa.


Common ujian masa kini ialah KESIBUKAN. 

Di antara tanda berpalingnya Allah dari seorang hambanya adalah Allah menjadikan kesibukkanya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya
[imam Hassan Al Basri]

Tak semua orang ada keberkatan waktu. 24jam setiap orang tak sama. Ada yang merasa cukup ada yang merasa tak cukup. Allah Allah. Moga kita diberi keberkatan waktu. Moga yang sedikit waktu tu, kita mampu buat macam-macam.





Alwaqtu kassaif. Masa umpama pedang. 





1:35am
30 April 2015.




terima kasih daun keladi :)

Friday, March 6, 2015

Penat lah.

Assalamualaikum.



Tipu lah kalau kata tak pernah rasa penat berada dalam jalan dakwah. Kadang rasa nak 'berehat' sekejap. Penat. Sebenarnya kenapa rasa penat? Sebab hasil ataupun ganjarannya kita tak dapat onthespot. Ganjarannya Allah janjikan syurga. SubhanAllah. Sape taknak syurga? 


Berikut ialah petikan dari buku tulisan ustaz Mustafa Masyhur, Jalan dakwah.


****************



Kekerasan Hati Kerana Telah Lama Berehat. Berehat dari jalan dakwah.


Ini adalah rintangan yang memerlukan kewaspadaan kerana ia tidak muncul sekali gus, tetapi secara perlahan dan beransur-ansur sehingga hampir-hampir tidak disedari oleh orang yang berjalan di atas ialan dakwah, iaitu kekerasan hati lantaran telah lama sangat berenggang dari kegiatan dakwah. 

Lalu hemah dan kemahuannya beransur-ansur lemah untuk terus bergiat dan berusaha dalam urusan dakwah dan pada akhirnya padam di dalam dirinya. Kehangatan Islam sudah tidak terasa lagi dan pengaruh dakwah sudah tidak menusuk hati dan tidak berminat lagi untuk melibatkan diri dengan urusan dakwah dan melaksanakan tugas-tugas jihad pada jalan Allah. 

Hatinya semakin hari semakin berkarat sehingga tatkala membaca al-Quran hatinya tidak mendapat sebarang kesan, sembahyangnya tidak khusyuk, kadang-kadang lupa lalu meninggalkan sembahyang beberapa hari dan waktu tanpa kesal dan rugi dalam diri. Akhirnya dia mendapati dirinya jauh dari keadaan dan sifat-sifat mukmin seperti yang digambar oleh Allah di dalam al- Quran: 


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila di sebut Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibarakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah mereka kerananya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal". Al-Anfaal:2 


Allah s.w.t menyuruh kita berwaspada supaya kita tidak jatuh tersungkur di dalam kekerasan hati seperti ini di dalam firmanNya: 


"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang beriman untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang-, orang yang sebelumnya telah diturunkan kitab. Kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." Al-Hadid:16 


Untuk menjaga diri dari halangan ini, pendokong dakwah yang berjalan di atas jalan dakwah mestilah sentiasa memelihara dirinya supaya tidak terasing dari saudara-saudaranya supaya sentiasa berada di dalam amal dan usaha dakwah. Tolong-menolong di dalam kebaikan serta saling berpesan tentang kebenaran dan kesabaran. 

Dia mestilah membiasakan dirinya dengan tugas-tugas kewajipan dan saudara-saudaranya yang bekerja dan beramal di bidang dakwah. Dia mestilah sentiasa memperbaiki hubungannya dengan kitab Allah dan selalu memeriksa dirinya (muhasabah) sendiri dengan segala perbuatannya satu demi satu. Di samping itu saudara-saudaranya wajib memberi peringatan apabila dia lupa dan menolongnya beramal apabila dia telah ingat. 


Dipetik dari buku : Jalan Dakwah oleh Ustaz Mustafa Masyhur.






Murobbi said : Kalau tak rasa penat tu, maksudnya belum all-out dalam jalan dakwah ni. 










terima kasih daun keladi :)

Friday, February 6, 2015

Jaga-jaga.




Jumpa gambar comey ni tadi.







HAHAHA kelakar.
Jaga-jaga.
peng peng peng.
:D



terima kasih daun keladi :)

Tuesday, December 16, 2014

Nyaman.



Assalamualaikum
(jwb : waalaikumussalam heee)


Pagi tadi gerak pergi kelas, pandangan kabur sangat. Dah cuci-cuci spek mata pun masih kabur. ada jerebu ke pagi ni? spek ni perlu ditukar ke? 

Allah...rupanya KABUS. bukannya jerebu mahupun spek yang kotor.
nyamannya masyaAllah macam duduk kat gunung kinabalu hee :)

tu je nak cakap hehe okbye.








terima kasih daun keladi :)

Friday, June 20, 2014

Derita yang membahagiakan.


Assalamualaikum.
kadang lupa kewujudan blog ni. Lantak. Sape je nak baca kan.


Last class taxation harini.
tadi korek sikit rahsia kejayaan lecturer. Beliau bukan seorang yang dilahirkan bijak mahupun genius dari kecik pun. Sebab tahu diri tak segenius manalah beliau usaha tahap maximum untuk dapat pointer tertinggi.

First tips, Sebelum mula semester beliau dah sediakan semua soalan past year untuk SEMUA subjek. bukan macam kita, dah nak final exam baru terhegeh-hegeh cari past year dari kengkawan. heh.

Next, Tahajud tu dah jadi mcm 'wajib' dah. Of course lah, student yang paling dekat dengan Tuhannya selalunya cemerlang. Kalau belajar sebab exam, sebab nak puaskan hati mak ayah, memang exam je lah yang kita dapat.
Dan beliau nikah muda, nikah masa belajar. memang osem sangat lah hidup beliau masa muda.


Bila Allah dah bagi segala nikmat kejayaan, Allah hantar pula sedikit ujian pada beliau sekeluarga. Ditakdirkan, anak ketiga beliau sakit. Terkena buatan orang. Allah :(
Tapi, masa bercerita, sikit pun beliau tak tunjuk riak dendam pada manusia yang menghantar sihir pada anaknya tu. Memang 100% muka redha. Katanya,

"Kalau Allah dah takdirkan anak saya sakit, tetap akan sakit. Sakit medical mahupun buatan orang, tetap akan sakit. Saya redha :)"


Ya Allah.

Betapa beliau letakkan 290% pergantungan kepada Allah. Hanya Allah.
Beliau sangat berjaya dalam kerjaya, berjaya didunia. Lalu Allah tambahkan ujian supaya beliau berjaya juga diakhirat sana.


Kesimpulannya,
Ujian juga mampu memberi kebahagiaan kepada hamba-Nya yang benar-benar rasa akan 'kewujudan' Yang Maha Mencipta bahagia.

Selamat berbahagia :)









terima kasih daun keladi :)

Letih.



Study week.
Semester 6.


Dah dekat 30 minit belek buku mengadap page yang sama, tak faham-faham juga. Apa aku belajar kat kelas selama ni? *sigh*
Sebenarnya, rasa tension bila belajar tak faham-faham tu adalah sebab kita rasa faham itu dengan usaha kita semata-mata sedangkan faham itu daripada Tuhan.


Kata syeikh Rohimuddeen,
Kita manusia sering melintasi garis kerja Tuhan dan kerja Hamba.
Kerja hamba katanya, berusaha dan meminta. Maka kita akan jadi sebaik-baik hamba jika berusaha sehabis baik dan meminta sehabis baik.
Kerja Tuhan pula, adalah menentukan. Menentukan keputusan. Menentukan yang terbaik untuk kita.


Tak perlu buat kerja Tuhan, buatlah kerja kita. Dan tension bukan sebab tak faham, tapi malas usaha. Tajdid niat. Perbaharui niat.
Kalau nak kejayaan, mesti kenal pemilik kejayaan.


Dah.
Sambung study.
:)






terima kasih daun keladi :)

Saturday, May 10, 2014

Tujuan Penciptaan manusia.

Assalamualaikum :)

Lama tak menaip. busy sangat (konon)

Busy?
ya. busy.
Tapi tak sure busy ni busy yang bermanfaat atau tidak.

busy tidur.
busy study.
busy berfacebook,twitter,instagram,whatsapp
busy baca Al-Quran.
Busy tajmik adik-adik
Busy run program.

mana satu?

"Demi masa. Sesungguhnya manusia kerugian. kecuali yang beriman dan yang beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"

[Al-Asr : 1-3]

Tapi sebenarnya dan sejujurnya, best bila busy ni. sebab kita takde peluang sangat nak buang masa.

Allah bagi 24 jam sehari. Sama rata untuk setiap hamba Dia. Yang membezakan kita, adalah macam mana cara kita gunakan masa tu.

Masa untuk study, masa untuk beribadah, masa untuk keluarga, masa untuk berukhwah, masa untuk diri sendiri. Dan yang utama, masa untuk yang Maha Mencipta Manusia.


***


Berbalik kepada tajuk besar diatas sana,
tujuan penciptaan.

Pernah tak terfikir, kenapa kita dicipta?
"kenapa aku perlu ada diatas bumi ni?"
untuk apa.



Tujuan penciptaan manusia didunia ada dua :
-menjadi khalifah
-beribadah


ye. dua je. tapi dua tu lah yang ramai manusia gagal laksanakannya.


1) Menjadi khalifah dimuka bumi


 "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat "Sesungguhnya aku ingin menjadikan seorang khalifah dimuka bumi". Mereka berkata : "Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah dibumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman : "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"

[al-baqarah : 30]


baca betul-betul surah Al-Baqarah ayat 30 kat atas tu.
Allah mencipta kita untuk menjadi khalifah dibumi ni.
Khalifah yang memakmurkan bumi.
menyampaikan ayat-ayat Allah kepada sekalian manusia.
menyebarkan kebaikan.
membawa rahmat.
banyak.


bayangkan ada sebatang pen.
manusia cipta pen.
pen dicipta untuk berfungsi kepada manusia.
untuk menulis.
tapi andai kata suatu hari pen tu rosak,
dengan kata lain, tak memenuhi tujuan penciptaan dia,
dah tak ada nilai dah pen itu kepada manusia yang menciptanya tadi.


ya. macam tu lah jugak kita.
hamba Allah.
kita ada tujuan penciptaan.
Ada fungsi diatas muka bumi.

kalau kita tak penuhi tujuan penciptaan kita, macam mana nak jumpa Allah nanti? nak jawab apa?


2) Beribadah kepada Allah

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepadaku"

[ad-dzariyat : 56]


Dan yang ini of course lah. Beribadah. Beramal.
fardhu ain. fardhu kifayah.
especially solat.
dan ibadah-ibadah yang lainnya

****


Bukan senang sebenarnya.
Bukan saja-saja Allah pilih kita untuk pegang title "khalifah" tu.

Cuba baca surah Al-Mukminun ayat 115.
Malas nak pergi bukak tafsir kan?

"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
[Al-Mukminun : 115]



Kita ada tanggungjawab. Ada kerja.
Tapi kadang kita lupa, kita leka, atau sebenarnya kita buat tak tahu.
Buat-buat lupa.
So that, Allah hadirkan kita dengan golongan yang selalu ingatkan kita.
bila jumpa orang macam tu, jangan lepaskan dia.
Peluang tak datang banyak kali.

Everyone deserve Syurga.
Tunaikan hak semua orang.
Orang lain ada hak mereka terhadap kita
Sebarkan kebaikan. Cegahlah kemungkaran.
Amar Ma'ruf Nahi Mungkar.


Kau. Aku. Kita.
Semoga Allah redha.




0125 am
11mei2014














terima kasih daun keladi :)