daisypath

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, December 16, 2014

Nyaman.



Assalamualaikum
(jwb : waalaikumussalam heee)


Pagi tadi gerak pergi kelas, pandangan kabur sangat. Dah cuci-cuci spek mata pun masih kabur. ada jerebu ke pagi ni? spek ni perlu ditukar ke? 

Allah...rupanya KABUS. bukannya jerebu mahupun spek yang kotor.
nyamannya masyaAllah macam duduk kat gunung kinabalu hee :)

tu je nak cakap hehe okbye.








terima kasih daun keladi :)

Friday, June 20, 2014

Derita yang membahagiakan.


Assalamualaikum.
kadang lupa kewujudan blog ni. Lantak. Sape je nak baca kan.


Last class taxation harini.
tadi korek sikit rahsia kejayaan lecturer. Beliau bukan seorang yang dilahirkan bijak mahupun genius dari kecik pun. Sebab tahu diri tak segenius manalah beliau usaha tahap maximum untuk dapat pointer tertinggi.

First tips, Sebelum mula semester beliau dah sediakan semua soalan past year untuk SEMUA subjek. bukan macam kita, dah nak final exam baru terhegeh-hegeh cari past year dari kengkawan. heh.

Next, Tahajud tu dah jadi mcm 'wajib' dah. Of course lah, student yang paling dekat dengan Tuhannya selalunya cemerlang. Kalau belajar sebab exam, sebab nak puaskan hati mak ayah, memang exam je lah yang kita dapat.
Dan beliau nikah muda, nikah masa belajar. memang osem sangat lah hidup beliau masa muda.


Bila Allah dah bagi segala nikmat kejayaan, Allah hantar pula sedikit ujian pada beliau sekeluarga. Ditakdirkan, anak ketiga beliau sakit. Terkena buatan orang. Allah :(
Tapi, masa bercerita, sikit pun beliau tak tunjuk riak dendam pada manusia yang menghantar sihir pada anaknya tu. Memang 100% muka redha. Katanya,

"Kalau Allah dah takdirkan anak saya sakit, tetap akan sakit. Sakit medical mahupun buatan orang, tetap akan sakit. Saya redha :)"


Ya Allah.

Betapa beliau letakkan 290% pergantungan kepada Allah. Hanya Allah.
Beliau sangat berjaya dalam kerjaya, berjaya didunia. Lalu Allah tambahkan ujian supaya beliau berjaya juga diakhirat sana.


Kesimpulannya,
Ujian juga mampu memberi kebahagiaan kepada hamba-Nya yang benar-benar rasa akan 'kewujudan' Yang Maha Mencipta bahagia.

Selamat berbahagia :)









terima kasih daun keladi :)

Letih.



Study week.
Semester 6.


Dah dekat 30 minit belek buku mengadap page yang sama, tak faham-faham juga. Apa aku belajar kat kelas selama ni? *sigh*
Sebenarnya, rasa tension bila belajar tak faham-faham tu adalah sebab kita rasa faham itu dengan usaha kita semata-mata sedangkan faham itu daripada Tuhan.


Kata syeikh Rohimuddeen,
Kita manusia sering melintasi garis kerja Tuhan dan kerja Hamba.
Kerja hamba katanya, berusaha dan meminta. Maka kita akan jadi sebaik-baik hamba jika berusaha sehabis baik dan meminta sehabis baik.
Kerja Tuhan pula, adalah menentukan. Menentukan keputusan. Menentukan yang terbaik untuk kita.


Tak perlu buat kerja Tuhan, buatlah kerja kita. Dan tension bukan sebab tak faham, tapi malas usaha. Tajdid niat. Perbaharui niat.
Kalau nak kejayaan, mesti kenal pemilik kejayaan.


Dah.
Sambung study.
:)






terima kasih daun keladi :)

Saturday, May 10, 2014

Tujuan Penciptaan manusia.

Assalamualaikum :)

Lama tak menaip. busy sangat (konon)

Busy?
ya. busy.
Tapi tak sure busy ni busy yang bermanfaat atau tidak.

busy tidur.
busy study.
busy berfacebook,twitter,instagram,whatsapp
busy baca Al-Quran.
Busy tajmik adik-adik
Busy run program.

mana satu?

"Demi masa. Sesungguhnya manusia kerugian. kecuali yang beriman dan yang beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"

[Al-Asr : 1-3]

Tapi sebenarnya dan sejujurnya, best bila busy ni. sebab kita takde peluang sangat nak buang masa.

Allah bagi 24 jam sehari. Sama rata untuk setiap hamba Dia. Yang membezakan kita, adalah macam mana cara kita gunakan masa tu.

Masa untuk study, masa untuk beribadah, masa untuk keluarga, masa untuk berukhwah, masa untuk diri sendiri. Dan yang utama, masa untuk yang Maha Mencipta Manusia.


***


Berbalik kepada tajuk besar diatas sana,
tujuan penciptaan.

Pernah tak terfikir, kenapa kita dicipta?
"kenapa aku perlu ada diatas bumi ni?"
untuk apa.



Tujuan penciptaan manusia didunia ada dua :
-menjadi khalifah
-beribadah


ye. dua je. tapi dua tu lah yang ramai manusia gagal laksanakannya.


1) Menjadi khalifah dimuka bumi


 "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat "Sesungguhnya aku ingin menjadikan seorang khalifah dimuka bumi". Mereka berkata : "Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah dibumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman : "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"

[al-baqarah : 30]


baca betul-betul surah Al-Baqarah ayat 30 kat atas tu.
Allah mencipta kita untuk menjadi khalifah dibumi ni.
Khalifah yang memakmurkan bumi.
menyampaikan ayat-ayat Allah kepada sekalian manusia.
menyebarkan kebaikan.
membawa rahmat.
banyak.


bayangkan ada sebatang pen.
manusia cipta pen.
pen dicipta untuk berfungsi kepada manusia.
untuk menulis.
tapi andai kata suatu hari pen tu rosak,
dengan kata lain, tak memenuhi tujuan penciptaan dia,
dah tak ada nilai dah pen itu kepada manusia yang menciptanya tadi.


ya. macam tu lah jugak kita.
hamba Allah.
kita ada tujuan penciptaan.
Ada fungsi diatas muka bumi.

kalau kita tak penuhi tujuan penciptaan kita, macam mana nak jumpa Allah nanti? nak jawab apa?


2) Beribadah kepada Allah

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepadaku"

[ad-dzariyat : 56]


Dan yang ini of course lah. Beribadah. Beramal.
fardhu ain. fardhu kifayah.
especially solat.
dan ibadah-ibadah yang lainnya

****


Bukan senang sebenarnya.
Bukan saja-saja Allah pilih kita untuk pegang title "khalifah" tu.

Cuba baca surah Al-Mukminun ayat 115.
Malas nak pergi bukak tafsir kan?

"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
[Al-Mukminun : 115]



Kita ada tanggungjawab. Ada kerja.
Tapi kadang kita lupa, kita leka, atau sebenarnya kita buat tak tahu.
Buat-buat lupa.
So that, Allah hadirkan kita dengan golongan yang selalu ingatkan kita.
bila jumpa orang macam tu, jangan lepaskan dia.
Peluang tak datang banyak kali.

Everyone deserve Syurga.
Tunaikan hak semua orang.
Orang lain ada hak mereka terhadap kita
Sebarkan kebaikan. Cegahlah kemungkaran.
Amar Ma'ruf Nahi Mungkar.


Kau. Aku. Kita.
Semoga Allah redha.




0125 am
11mei2014














terima kasih daun keladi :)

Wednesday, February 26, 2014

Siapa aku di mahsyar nanti?



Tarik nafas. Hembus. Tarik. Hembus.

Tengok kiri kanan, line clear, lillahitaala, jom baca ^^


***


Kata ustaz, 
Alam mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar. Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana? Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. 

Takde pokok, takde sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi bila makaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing-masing dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga. Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita?

T__T

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar. 
(boleh rujuk surah yasin ayat 52-54).

Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, 

"tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita?". Lalu dijawab Nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. (rujuk surah a'basa ayat 37[80:37]).

***

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. bila sampai di mahsyar, perbicaraan tak berjalan lagi. kena tunggu entah berapa lama. 

kita tunggu kawan 10 minit pun dah tarik muka *_*

Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada Nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. Jawab Nabi adam, dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh, musa,isa, dan ibrahim tetapi mereka semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. 
Lalu pergi semua manusia kepada Nabi muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar! bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita je, dek padatnya manusia pada hari tu.

Apabila kita warga dunia sedang berseronok ditipu nikmat dunia umpama akhirat cuma dongeng belaka, warga kubur meratap merayu ingin kembali ke dunia memohon taubat dari Yang Maha Mencipta.

***


Sebelum hisab bermula, kitab amalan kita akan turun dari arash. Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Walaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kite ke syurga. Kemudian Allah panggil sorang-sorang untuk dihisab. Sebelum Allah mula hisab, Allah suruh kite baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. Takde satu pun tertinggal. Lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan. 

  • 1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid 

  • 2) Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan. Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kite ke syurga,tetapi final check Allah buat.

  • 3) (yang ketiga tak ingat, sorry) T____T


Allah tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil ke depan untuk menuntut hak mereka. Antara yang mula-mula bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan-kawan dan lain-lain. Kalau ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang. Kalau pahala dah habis, dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).

kita yang mana agaknya? Masih belum terlambat mengubahnya.

***


Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak affect diri kita sorang, tp affect jugak orang2 yang kita sayang. 

-Ayah kita
-abang kita
-adik-adik lelaki kita
-suami kita. 

Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita. Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.

Kata ustaz, 
hidup di dunia janganlah kite kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti. Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.
Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nanti. Aamin.



***
kuliah maghrib Masjid At-Taqwa,
oleh Ustaz Wadi Annuar.




:)
terima kasih daun keladi :)

Tuesday, February 18, 2014

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan lagi tempat ditarbiyyah.



panjangnya tajuk hehe


pernah tak alami kejadian memalukan seumur hidup?
yang kalau teringat, rasa nak menyorok bawah lori.
contohnya,
jalan cover line tetiba terpeleot depan lelaki. ramai pulak tu. MALU!
takkan lupa tempat kejadian tu. warghh!

macam mana pulak dengan tempat dimana kita ditarbiyyah?
tempat kita 'kembali' kepada Tuhan setelah jenuh bemain 'lumpur' kotor.
mesti lah takkan lupa.
sampai mati takkan lupa.


***


Sudahkah kita tunaikan hak Allah atas diri kita?
Sudahkah kita laksanakan tanggungjawab yang dua itu?

-Beribadah.
-Menjadi khalifah.


9 bulan tumpang dirahim ummi, kemudian Allah transitkan kita didunia. Sebelum Allah panggil balik ke kampung halaman kita, akhirat.
Nama pun tempat transit. Tak lama pun duduk sini. Sebab tak lama lah kita kena bersungguh laksanakan tanggungjawab sebagai khalifahNya.

Tapi malangnya,
Ramai yang lupa akan janji mereka pada Allah lepas jumpa satu nikmat yang menipu iaitu DUNIA. Transit yang sekejap cuma ni, Allah amanahkan tugas kepada kita. Beribadah dan menjadi khalifah dibumiNya, bukan membawa kemusnahan dan mengundang murkaNya!


seriously,
Siapalah yang nak berdiri di depan Allah dipadang mahsyar nanti dengan hanya berbekalkan amalan secubit cuma.
Yang sedikit tu pun, ntah bercampur dengan ibadah cincai boncai.
Solat sepantas kilat sebab nak layan running man.
Pergi majlis ilmu pun malas sebab layan game lagi best.


Hamba kelas keberapakah kita ini? T_T


Selagi mampu, tunaikanlah amanah dari Allah. Teruskan berbuat kebaikan. Masa semakin suntuk. Setiap hari yang berlalu bermakna berkurang nafas dalam badan kita.


Allah melihat pada usaha. Bukan pada hasilnya.
Kalau lah hasil yang Allah lihat, hanya student yang dapat 4flat saja lah yang dapat pahala. Allah tak kejam. Kita yang selalu kejam pada diri sendiri.



Lokasi : The Street Art. Belakang 7 Eleven, seksyen 2 Shah Alam 



I miss all my shcool. Rindu sangat. Bukan saja tempat menuntut ilmu malah tempat kita membentuk silaturrahim dengan sahabat, tempat mengenali cikgu-cikgu, bilik darjah yang menjadi tempat tidur kedua selepas asrama hehe dan banyak lagi.



Dah nak start sem baru. Ada beberapa sem lagi sebelum dapat pegang sijil degree. Cepatnya masa berlalu rasa macam baru semalam masuk tadika hehe ye lah tu :P
Apa pun, Semoga semuanya baik-baik sahaja. InsyaAllah.

Doakan ye! ^^





terima kasih daun keladi :)

Friday, January 24, 2014

Gerabak ke syurga



7.00 am

suasana di stesen keretapi(ktm)
ramainya manusia
tanpa sebarang suara
yang ada hanya bunyi kaki bergerak

kalut. kelam-kabut.

nak pergi kerja
nak pergi kelas
nak pergi interview
yang sesat, baru sampai KL
ragam manusia.

***

kita mungkin berada di platform yang berbeza
tapi destinasi kita sama, syurga.

ada orang dapat naik coach(gerabak) yang selesa
gerabak baru yang lebih lengkap kemudahannya
sejuk aircondnya, empuk kerusinya
lancar saja perjalanannya.

Ada manusia yang dapat gerabak yang kurang selesa
yang sudah tua
terhenti setiap masa, banyak masalahnya
sehingga menggangu perjalanannya.

Ada yang perjalanannya terlalu selesa
sehingga dia lupa pada yang lainnya

ada yang perlu bersesak-sesak
bertolak-tolak
agar dirinya dapat masuk ke dalam gerabak

tapi pada akhirnya mereka tetap sampai ke destinasi
walau berbeza cara Allah beri

***

sama lah seperti kita di alam realiti

ada manusia Allah beri keselesaan
keluarga, rupa, dan mungkin kekayaan

ada pula yang perlu berjuang habis-habisan
hanya untuk mendapatkan sesuap makanan

tapi semua sama
kita menuju ke satu destinasi yang sama
syurga.

maka berhati-hatilah
jangan sampai tersalah beli tiket
terbeli tiket ke neraka jahanam.

tiket ke syurga itu mahal
tiket ke neraka itu murah saja

pilih.
pilihan di tangan kita.

***

Andai jawatan khalifah tetap kita pegang
gerabak buruk tetap tak lunturkan semangat berjuang


selamat berjuang
:)


Lokasi : Stesen ktm Kuala Lumpur.


terima kasih daun keladi :)

Tuesday, January 21, 2014

Mereka sedang tidur.




Bila kita disapa hidayah
kita akan sedar betapa busuknya dosa dahulu
dan takkan mungkin kita mahu berpatah balik
tapi belum semua sedar akan 'kekotoran' mereka sendiri

jadi,
kita pasti tak mahu orang lain kotor juga
mahu yang lainnya 'bersihkan tangan' seperti kita
tapi tak semua merasa 'mampu' melaksana
satu perjuangan yang disebut 'dakwah'

***

umpamanya..

didalam kelas
lecturer sedang memberi pengumuman
tapi hanya kita yang dengar
kawan yang lainnya sedang tidur

lecturer berkata,
"esok ada test. sila bersedia"
tapi malangnya hanya kita yang mendengar

tiba hari esok
suasana riuh
rakan lain menyalahkan kita
"kenapa tak bagi tahu harini test?"

dengan selamba kita menjawab
"kau tidur kenapa?"
mereka terus menyalahkan kita
"kau tak kejut kenapa?"

***

ya.

umat sedang tidur!
dan kau yang sedang berjaga.

apa nak jawab pada Tuhan jika ditanya disana nanti,
"kenapa tak kejut mereka?"
"kenapa tak sampaikan kepada mereka tentang Islam?"

takkan nak jawab
"mereka yang tak bangun. bukan salah saya"

zrettt.
kena heret ke neraka. Nauzubilla min zalik.

***

mari bangun.
bersihkan kotoran dosa.

mari bangun.
dan mari bangunkan yang lainnya.

jerit lah sekuatnya.
biar sakit yang kita rasa.
agar syurga milikNya hadiah buat kita.

mujahid itu pahit
kerana syurga itu manis.

percayalah.
Allah akan sentiasa menerima kita.

walau manusia benci kita
walau manusia buang kita
masih ada yang sayang.

Allah Maha Penyayang. Ar-rahim.


Dari Allah kita datang
kepada Allah lah kita kembali
maka, pulanglah!

sabda Nabi,
ballighuanni walauayah.
Sampaikan dariku walau satu ayat.

:)






terima kasih daun keladi :)

Teruslah merayu pada Tuhanmu.



Sebesar manapun dosamu terhadap Allah, jangan sesekali berputus asa pada-Nya. Allah tidak pernah berpaling padamu selagi mana kau tidak berpaling dari-Nya.

syaitan akan sentiasa cuba menggagalkan manusia dari mendekati Tuhannya. Syaitan akan cuba menggagalkan manusia dari menjadi hambaNya. Dia akan bawa kita menjadi hamba dunia, hamba harta, dan apa sahaja yang menjauhkan kita dari Yang Maha Mulia.

Teruslah kembali kepada-Nya sekalipun sudah berpuluh kali kecundang dengan nafsumu. Jika nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk memasukkanmu ke neraka, bagaimana kau selaku pemegang diri ini boleh berputus asa untuk memasukkan dirimu ke syurga-Nya?



terima kasih daun keladi :)

Monday, January 20, 2014

Sollu 'alan Nabiyy



Pada suatu hari, Rasulullah didatangi Jibril dan dikhabarkan sesuatu dari Jibril. Selepas Rasulullah mendapat khabar tersebut, Rasulullah terus sujud.

Para sahabat terus bertanya :

"Ya Rasulullah, apa yang sedang kau lakukan?"

Rasulullah mengatakan, Jibril mendatangkan khabar, jika Allah mendengar selawat dari ummat Nabi Muhammad, Allah akan membalas 10 kali selawat kepadanya.


Disebabkan itu Rasulullah gembira lantas terus sujud syukur sebagai tanda kegembiraan yang dikurniakan Allah kepada ummat Rasulullah.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad Ya rabbi, solli 'alaihi wasallim. Ya Allah limpahkanlah rahmat atas Nabi Muhammad Ya Tuhanku, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan atas Baginda.



Cc : H
terima kasih daun keladi :)