daisypath

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, December 29, 2013

Berapa kali buka 'buku baru' ni?



Assalamualaikum


Memang aku bukan manusia sempurna. Ah! Takkan ada yang mngaku bahawa dia sempurna. Takkan ada. Ke ada? Ya, Mungkin dia 'lupa' kewujudan yang Maha Sempurna.

Tik tok tik tok.

0140am. 
30 disember 2013.

InsyaAllah beberapa hari lagi nak berganjak ke tahun duakosongsatuempat. 2014. Semoga iman bertambah mantap berbanding tahun lepas.

Serius banyak aku belajar tahun 2013 ni. Aku belajar tentang Islam! (Eh bukan Islam kah kau selama ni?)

Heh.

Ya. Memang aku Islam. Tapi 'Islam' kah jiwa aku? Islam kah cara hidupku? Atau hanya Islam pada sekeping kad biru? 

*betulkan spek*

Pernah aku menangis semahunya sebab aku rasa akulah manusia paling lembab. Lembab dapat hidayah dari yang Maha Mulia. Eh tak. Lembab sebab buat-buat tak nampak akan panggilanNya. Enjoy kononya. 

"Lek aa. Nanti-nanti la berubah."

(Arghhhh licik kau syaitan!)


Akhirnya, Menyesal tak amik sekolah alirah agama, tak masuk maahad. Jujur aku jealous dengan budak-budak yang dari zaman sekolah dah nampak jelas jalan menuju Allah. Budak hingusan lagi tu. Tapi sorry, bukan sebarang hingus tu. Hingusan yang berpegang teguh pada kalimah Lailahaillallah. 

Tapi aku? Dah masuk U baru terhegeh-hegeh mencuci hati :( 
Budak-budak tu dah ready nak naik ferari menuju destinasi. Aku baru terkial kial baiki kenderaanku sendiri. Jauhnya syurga!
Lambat!

*bertenang, Minum air jap. Senyum. Sambung menaip*

Tapi kau tahu, disebalik setebal kekesalan aku ni, tercalit sebuah kesyukuran. Syukurlah aku tercampak di jalan dakwah and tarbiyyah masa zaman remaja. Cuba kalau aku dah bercicit baru nak bersemangat berjihad berdakwah? Hmm. Bongkok dah kot waktu tu. Erk.

Kalau aku buka balik 'buku lama', mungkin tak secantik sebersih hambaNya yang lain. Buku aku mungkin buruk. Yang mungkin kotor dek kerana dosa yang membusuk. Allah Allah. 

Semua orang ada kisah silam mereka. Aku juga. Walau seburuk mana 'buku lama' aku, Aku pasti dan aku yakin Allah tetap sudi memadamkannya. Walau beratus berjuta beribu-riban kali aku cuba 'buka buku' baru, Allah akan tetap menadah tanganNya menunggu kehadiran aku. Membuka seluasnya pintu taubat. Yang takkan permah tertutup sehingga si suria tak lagi terbit dari arah asalnya. Walau berkali kali aku jatuh, Allah sentiasa dan sentiasa menerima aku. Dengan syarat? Ya, taubat sebagai ubat kedukaan aku selama ini.

*buka spek, lap air mata*. 

Sabiqu ila maghfirah [57:21]
Berlumba-lumba lah mendapatkan keampunan.

Nampak tak perkataan maghfirah tu? 
Ia bermaksud keampunan.

Sungguh, hanya ayat Allah mampu memujuk hatiku. Jadi, selalu-selalulah baca 'surat cinta' dari Dia. Baca, faham. Taddabur.

Aku cuma manusia biasa. Yang cuba menjadi luar biasa.
Syurga itu sungguh luar biasa. Yang akan dihuni oleh manusia yang luar biasa.

Keluhkan apa lagi wahai pemuda pemudi harapan ummah?


Bantu agamaNya,
Kelak Allah sediakan syurga untuk kita.

biiznillah.


***
Khairun najah,
30 disember 2013





terima kasih daun keladi :)

No comments:

Post a Comment

jom cakap-cakap kat sini :)