daisypath

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, December 29, 2013

Hadis Logam








Hadis logam. Hadis yang legend kata ustaz adnin.

Fuh.

Manusia ibarat logam? Kenapa logam?


Logam bersifat kuat. 
-Of course seorang muslim tu kena qowiy! Kena tabah. Utuh.

Logam bersifat boleh lentur.
-Kita boleh dibentuk. Ditarbiyyah.

Logam pengalir yang baik.
-Kita mesti mampu menyampaikan dalam cara yang pelbagai, kepada mad'u yang pelbagai.

....dan banyak lagi.

****


"....terpilihnya ketika jahiliyah, terpilihnya juga ketika Islam...."


Logam itu kita. Logam yang berharga. Yang nilainya takkan berubah. Ketika jahil mahupun ketika Islam.

Tak faham lagi? Okay okay.

Contohnya khalifah Saidina Ali. Yang terkenal dengan sifat tegas, bengis. SANGAT! Sehinggakan syaitan tidak sekali-kali berani lalu ditempat yang saidina Ali pernah lalu. Allah Allah!


Ketika zaman jahiliyyahnya, sifat tegas dan bengis saidina Ali sangat ditakuti dan digeruni oleh para penduduk sekitar. Namun, ketika hatinya dipeluk erat dalam simpulan Islam, tegas dan bengisnya itu digunakan untuk memerangi musuh Allah.

Nah!

Begitu lah contohnya. Nampak tak macam mana sifat yang ada dalam diri Saidina Ali tidak sedikitpun ditukar.

Itulah yang dimaksudkan. Dihalakan ke jalan Allah.
Maka dengan itu, jadilah seperti logam.
Yang kukuh sifatnya. Yang baik budinya. Dengan himmah yang membakar hatinya. Sehingga Islam tertegak di dunia.



******
Rindu nak pi mukayyam (camping)
Dulu kena hafal hadis ni masa mukayyam. Siap kena tasmi' dengan akak akak. Hamik kau! Hadis legend kan.


wallau'alam.



khairun najah
1340pm
30 disember 2013

terima kasih daun keladi :)

1 comment:

  1. Nak perbetulkan. Rasanya Saidina Umar. bukannya Saidina Ali. Boleh buat reasearch ttg perkara ini. Wallahua'alam

    ReplyDelete

jom cakap-cakap kat sini :)